Kamu sering mengunjungi pasaraya mini berdekatan dengan rumah kamu. Sejak kebelakangan ini, kamu dapati mutu perkhidmatan di pasaraya mini itu kurang memuaskan. Tulis sepucuk surat aduan untuk menerangkan masalah yang kamu hadapi dan berikan beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di pasaraya mini tersebut.
Gunakan nama dan alamat berikut :
Hussin bin Fadhil atau Husnita binti Fadhil
Blok 324 Jalan Bukit Merah
#02-224
Singapura 324456
Alamatkan surat kamu kepada :
Pengurus
Pasaraya Mini Bunga Tanjung
Blok 300 Jalan Bukit Merah
#01-01
Singapura 300456
Soalan Karangan Naratif
Tuliskan sebuah cerita yang mengisahkan satu peristiwa di mana perbuatan yang dianggap mulia dan murni dicemuh dan dihina oleh orang lain.
Tuesday, August 21, 2007
Tuesday, March 06, 2007
Karangan Naratif 7 Mac 2007
Jangan lupa perkara-perkara di bawah ini :
gunakan Arial 12 dan tukarkan 'language' kepada 'Malay'.
Lat baris ( Spacing - 1.5 )
Gunakan khidmat 'Word Count' dan tulis bilangan perkataan.
pastikan ada Nama Penuh / Kelas / Tarikh / Soalan di bahagian permulaan dokumen
Namakan Fail Kamu : karangan_ farhanahAsnin_Mac
Hantarkan tugas kamu ke 'Projects Area' saya - Ikut urutan ini- Projects Area
- Filza Bte M O
- Tugasan
- 2007
- 4E
Sila baca komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan kamu.
Cikgu
Thursday, March 01, 2007
Karangan Naratif - Jalan Cerita - 1 Mac 2007
Wahai pelajar-pelajarku, sila hantarkan jalan cerita masing-masing di ruangan ini - ( bagi yang sudah terlupa- kamu hanya perlu klik ikon 'comments' untuk menaipkan jalan cerita kamu itu. Jangan lupa untuk tuliskan nama kamu : sila lihat contoh
Khairuldin
Soalan 1
Khairuldin
Soalan 1
- hidupku ......................
- .........................
- .............................
- ...................................
Kamu diberi paling lewat hari Isnin, 5 Mac pukul 4 ptg untuk menaikmuatkan tugas kamu.
Cikgu
Tuesday, August 29, 2006
Tugasan Cuti Sekolah September
Wahai para pelajarku yang rajin-rajinnnnnn belaka ! ( beri semangat sedikit.... ) Jangan lupa untuk selesaikan tugasan cuti sekolah kamu ya ( Latihan Intensif 23 ). Selain daripada itu saya juga ingin kamu membaca 2 buah cerpen ( bukan yang dipetik daripada Majalah Remaja ). Kamu dikehendaki membaca cerpen tersebut dan catatkan perkara-perkara di bawah ini
- tema / persoalan cerpen
- pengalaman yang dilalui oleh watak / penulis
- pengajaran yang ingin disampaikan
- sikap terpuji watak ( berikan 2 sikap )
Kamu haruslah membuat catatan tersebut di blog ini. Mulakan dengan menuliskan
- nama kamu dahulu, diikuti dengan
- tajuk cerpen dan
- nama penulisnya.
Tarikh akhir menghantarkan catatan ke blog saya ialah 13 September 2006.
Selamat bertugas dan jangan lupa untuk berseronok pada cuti akan datang ini !!!!
Cikgu....
Wednesday, August 16, 2006
Renungan Pembentangan Jendela Bahasa
Wahai para pelajarku sekalian. Pada hari ini, saya ingin kamu merenung kembali sesi yang telah dilalui pada minggu lepas. Sesi di mana kamu telah dibimbing oleh rakan-rakan kamu menjelajahi topik-topik di dalam buku teks dan buku kerja. Dalam mencatatkan apakah yang telah dipelajari pastikan kamu memasukkan hal-hal berikut :
- Apakah manfaat yang telah diraih melalui sesi tersebut ? ( Dari sudut pandangan sebagai pembentang )
- Nyatakan 1 kekuatan dan 1 kelemahan yang ada pada diri kamu /sekumpulan semasa membentangkan bahagian kamu.
- Apakah manfaat yang telah diraih melalui sesi tersebut ? ( Dari sudut pandangan sebagai penonton)
- Adakah perkara-perkara yang timbul semasa sesi berlangsung yang ingin kamu tahu dengan lebih lanjut lagi ?
- Nyatakan 2 perkara yang telah dipelajari yang terpahat dalam diri kamu sehingga kini.
- Berikan komen secara umum kepada rakan-rakan yang telah membentangkan bahagian mereka supaya boleh dijadikan pengajaran.
Sekian. Cikgu Filza.
Sunday, July 23, 2006
Renungan Karangan Naratif 1 Penggal 3
Para pelajar Menengah 3 saya, silalah tuliskan renungan kamu di bahagian ' comments'. Ingat ya, sebelum mulakan , tulis nama kamu supaya saya dapat kenal pasti siapa yang telah menulis renungan tersebut. Kamu diberikan sehingga hujung minggu ini untuk melengkapkan tugasan ini. Pastikan renungan kamu itu meliputi aspek-aspek penting tentang penulisan kamu - berdasarkan penilaian rakan-rakan ya !
Subscribe to:
Posts (Atom)