Sunday, July 23, 2006

Renungan Karangan Naratif 1 Penggal 3

Para pelajar Menengah 3 saya, silalah tuliskan renungan kamu di bahagian ' comments'. Ingat ya, sebelum mulakan , tulis nama kamu supaya saya dapat kenal pasti siapa yang telah menulis renungan tersebut. Kamu diberikan sehingga hujung minggu ini untuk melengkapkan tugasan ini. Pastikan renungan kamu itu meliputi aspek-aspek penting tentang penulisan kamu - berdasarkan penilaian rakan-rakan ya !

9 comments:

slngerilicious said...

RENUNGAN.

Hello. =D
Dari semakan rakan-rakan saya yang mereka beri, saya dapat tahu di mana tahap karangan saya, yang tidak begitu baik sekali. Duh.
Komen yang diberikan ialah penulisan saya agak lemah dan mempunyai klimaks yang lemah. [ Ya lah, tak kan lah gagal peperiksaan melukis hendak saya rebah ke lantai lalu pengsan kan?] Pengembangan idea saya terlalu mendadak. [Saya kurang faham maksudnya]
Akhirnya, kosa kata terlalu terhad dan terlalu banyak 'bahasa pasar' yang digunakan dalam karangan saya.
Saya harus banyak praktis jika tidak mahu komen seperti begini lagi.
Ta dah! tu jer..

DINAH FARHANAH
3E3

Anonymous said...

Dari komen-komen yang diberi oleh rakan-rakan sedarjah, saya sedari bahawa kosa kata yang digunakan dalam karangan ini tidak beberapa bagus. Plot karangan saya juga tidak ada banyak maklumat latar. Oleh itu, saya akan memperbaikkan bahasa (ayat, tatabahasa dan kosa kata) dan maklumat latar.

FATIN ADAWIYAH
3E6

iralalala said...

hello rakan rakan dan cikgu~ Selepas membaca dan melihat komen rakan rakan saya tentang karangan saya, saya telah menyedari bahawa karangan saya tidak begitu mengikut apa yang saya telah rancang . Saya harus memperbaiki karangan saya lagi . Karangan saya akan makin baik di masa akan datang . hohoho .
KIKIKI .

nama saya yasirah ;
ira la la la ~

Sue.ryana said...

Daripada penilaian yang telah diberi oleh dua rakan saya iaitu Dinah dan Sakina, saya telah pelajari sedikit sebanyak bagaimana untuk memperbaiki karangan saya. Dari penilaian dan lapor balik dari Dinah, saya dapati bahawa saya harus mengembangkan lagi elaborasi watak. Ia kurang diperkenalkan dalam karangan saya. Itu saya akui kerana saya terlalu menumpukan tentang hendak ke isi utama. Penilaian Sakina pula meletakkan bahawa saya kurang memberi elaborasi tentang latar. Mungkin itu juga saya akui dan kerana masalah yang sama. Dengan itu, saya akan memberi tumpuan bukan sahaja untuk isi utama tetapi untuk bahagian-bahagian lain karangan juga.Dari segi bahasa pula, saya akan lebih berhati-hati supaya dapat mengurangkan lagi kesalahan.Jadi, saya akan memperbaiki penulisan saya sedaya upaya untuk elak dari kesalahan...

=D Norsuryana 3E3

Unknown said...

Dari pendapat yang diberikan kawan-kawan yang menyemak karangan saya, saya dapat tahu bahawa karangan saya tidak begitu memuaskan. Walaupun ianya mempunyai bahasa yang ehem-ehem, tidak banyak makmumat diberikan tentang klimaks saya. Maklumat tentang keculikan rakan saya dan bagaimana dia dilepaskan tidak begitu jelas.Saya rasa saya harus merancang kerja saya dengan lebih lanjut supaya karangan saya lebih baik lagi.

farnaa said...

hello. nama saya farhanah. setelah membaca komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya, saya telah menyedari bahawa saya harus meluaskan lagi penggunaan perkataan saya dan meluaskan ideanya lagi. saya telah memperbaikinya dan belajar daripada komen-komen itu. wee~

nur farhanah asnin
3e4

cgfilza said...

Nama saya Fareez, saya rasa bahawa karangan saya tidak menarik kerana terlalu mudah. Saya juga tidak menggunakan bahasa cantik untuk melengkapkan karangan saya.Saya harus cuba lebih bagus untuk mendapat markah yang lebih tinggi untuk karangan-karangan yang akan datang. Saya harap saya boleh ingat perbahasa apabila ia harus digunakan di dalam karangan.

cgfilza said...

Cikgu di sini. Sejauh ini saya dapati sudah 12 orang pelajar yang telah menuliskan renungan masing-masing. Setelah membacanya, saya berasa senang sekali kerana kesemuanya telah meraih manfaat daripada penilaian yang telah dilakukan oleh rakan-rakan. Saya ingin aktiviti ini berterusan iaitu, setiap pelajar saling bantu-membantu bagi meningkatkan tahap dan mutu tulisan satu sama lain. Syabas diucapkan ! Saya berharap pelajar yang lain yang masih belum melaksanakan renungan masing-masing akan melakukannya secepat yang mungkin sebelum kamu terlupa isi kandungan penilaian yang telah kamu terima daripada rakan-rakan kamu.
Cikgu ucapkan selamat maju jaya !!

sakinah said...

SAYA dari kelas 3e5.
saya rasa aktivti membuat karangan pada tempoh hari amat menarik kerana kami dapat membincangkan idea kami dengan kawan-kawan di kelas. Dengan aktiviti gini ia dapat mempersiapkan kami untuk ujian lisan.
saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyemak dan menulis komen tentang karangan saya. Dengan, komen-komen itu, saya dapat memperbaiki karangan saya.

-sAKINAh-