Tuesday, August 29, 2006

Tugasan Cuti Sekolah September

Wahai para pelajarku yang rajin-rajinnnnnn belaka ! ( beri semangat sedikit.... ) Jangan lupa untuk selesaikan tugasan cuti sekolah kamu ya ( Latihan Intensif 23 ). Selain daripada itu saya juga ingin kamu membaca 2 buah cerpen ( bukan yang dipetik daripada Majalah Remaja ). Kamu dikehendaki membaca cerpen tersebut dan catatkan perkara-perkara di bawah ini
  • tema / persoalan cerpen
  • pengalaman yang dilalui oleh watak / penulis
  • pengajaran yang ingin disampaikan
  • sikap terpuji watak ( berikan 2 sikap )

Kamu haruslah membuat catatan tersebut di blog ini. Mulakan dengan menuliskan

  1. nama kamu dahulu, diikuti dengan
  2. tajuk cerpen dan
  3. nama penulisnya.

Tarikh akhir menghantarkan catatan ke blog saya ialah 13 September 2006.

Selamat bertugas dan jangan lupa untuk berseronok pada cuti akan datang ini !!!!

Cikgu....

3 comments:

Sue.ryana said...

Norsuryana 3e3

1)Tajuk Cerpen: Cik Siti Mustika
Nama Penulis: Faisal Tehrani

Cerpen ialah tentang seorang gadis, Cik Siti Mustika, yg bersuara merdu & dinobatkan sbg biduanita diraja setelah memenangi pertandingan menyanyi.Tetapi kenyataan bahawa Cik Siti Mustika adalah biduanita tersohor ditepis oleh Raja Hindu dari Pulau Borneo yg mengatakan biduanita kerajaannya, Dang Hitam, lebih unggul. Suatu pertandingan yg diadili 5 orang juri profesional diadakan utk mengetahui siapakah sebenarnya penyanyi unggul Nusantara.Sikap merendah diri Cik Siti Mustika dicampur kesungguhan dirinya semasa pertandingan membuktikan bahawa dialah penyanyi unggul nusantara.

2)Tajuk Cerpen: Jangan Kau Menangis
Nama Penulis: Samsiah Mohd Nor

Cerpen mengisahkan penulis yg dipilih utk dijadikan isteri kepada seorang lelaki yg amat setia & bertanggungjawab. Penulis amat patuh kepada suaminya. Penulis sering ke ceramah-ceramah agama. Seorang temannya telah dimadukan & kerana harus berkongsi suami, dia tidak boleh berfikir secara rasional. Dgn peristiwa itu, Penulis berharap sungguh bahawa perkara itu tidak berlaku kepada dirinya sendiri kerana telah membuat yg terbaik mungkin utk membahagiakan suaminya. Suatu hari, suaminya memberitahunya bahawa dia adalah isteri yg solehah & 'telah melepasi byk ujian & yakin bahawa akan turut melepasi ujian' yang bakal dihadapinya. Petang yg sama, suaminya pulang & bersamanya ialah seorang wanita bernama Wani...Isteri kedua suaminya. Perasaannya hancur bagai dihumban dari gunung yg tinggi.Dia ingin memberontak tetapi teringat tentang ceramah-ceramah yg telah dihadiri. "Aku seorang isteri solehah. Aku seorang yg beriman" Dia hanya meredhai kehadiran Wani walaupun dlm keterpaksaan.

sakinah said...

Nama saya Sakinah. 3e5

1)Tajuk Cerpen: Si kedekut
Nama Penulis:Herni

Cerpen ini ialah tentang seorang yang kedekut.Watak dalam cerpen ini merasakan bahawa lelaki di sebelahnya telah memakan biskotnya sehingga biskot yang terakhir. Watak yang bernama Lina berasa marah dan menunjukan muka yang masam dan muram kepada lelaki itu ketika dia memecahkan biskot yang terakhir lalu memberi Lina separuh dari biskot itu. Ketika di dalam bas, Lina mendapati sebungkus biskot yang belum lagi dibuka dalam bagnya. Lupa-lupanya, Lina yang pencuri biskot! Dia yang telah memakan biskot lelaki itu dan bukan sebaliknya.
Lina menysal akan sifat kedekutnya lalu dia menginsaf.

Sebuah pengajaran yang dapat saya pelajari dari cerpen ini ialah kita tidak patut kedekut dengan orang lain malahan, kita harus lebih berkongsi.

2)Tajuk Cerpen: Memikir Masa Hadapan
Nama penulis: Herni

Cerpen ini ialah tentang seorang perempuan
yang terkenangkan pengorbanan dan harapan ibubapanya yang
bertungkus lumus mencari wang untuk pelajarannya lalu
dia bertekad mahu menunjukkan contoh yang baik pada adik beradiknya
yang lain. Dia ingin belajar bersungguh-sunnguh dan mendapatkan markah cermelang.

Sifat terpuji yang terdapat dari watak ini ialah
dia tidak seperti kacang lupakan kulit dan dia ingin berbakti
kepada ibubapanya. Saya rasa kita patut memiliki sifat terpuji ini.

Anonymous said...

Iffah 3E6

1) Tajuk cerpen: Antara Minat dan Kekayaan
Penulis: Nur Diyanah Danial

Cerpen ini ialah tentang seorang pelajar, Adilla, yang bercita-cita ingin menjadi model. Apabila ibu bapanya mendengar tentang itu, mereka tidak bersetuju dengannya lalu menamparnya dan mengatakan, “Aku sekolahkan kau tinggi-tinggi, kau nak jadi model? Kalau kau nak sangat jadi model, berhenti aje sekolah.” Bapanya takut masyarakat memandang rendah dan memalukan keluarganya jika dia menjadi model. Adilla tidak mahu memikirkan tentang perkara itu lalu dia terlena. Kesokkan harinya, dia terlambat ke sekolah dan menyalahkan ibu nya kerana tidak membangunkannya. Bapanya menyindir, mengata bahawa dia tidak perlu pergi ke sekolah lagi. Tetapi tanpa disedari, Adilla merayu ke bapanya supaya dia boleh pergi ke sekolah lagi.
Kini, dia telah menjadi seorang pensyarah di universiti.

Pengajaran yang ingin disampaikan ialah restu daripada ibu bapa amat penting untuk kebahagiaan hidup.


2) Tajuk cerpen: Di Taman yang Indah Itu
Penulis: Peter Augustine Goh

Cerpen mengisahkan tentang penulis, seorang bayi yang baru lahir dibiarkan oleh ibu dan ayah kandungnya di bawah pokok mangga. Bayi itu ialah ‘anak luar nikah.’ Apabila sepasang suami isteri terjumpa bayi itu, ia telah kembali ke rahmatullah. Dia menceritakan bagaimana ibu dan ayahnya dihukum dan diseksa ke Jahim. Ibu bapanya merayu-rayu meminta tolong tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukan. Penulis juga terjumpa dengan adiknya, seorang janin.

Pengajaran yang ingin disampaikan ialah kita tidak boleh melalukan sesuatu perkara yang dilarang Allah kerana kita akan dihukum di hari kemudian.