Tuesday, August 29, 2006

Tugasan Cuti Sekolah September

Wahai para pelajarku yang rajin-rajinnnnnn belaka ! ( beri semangat sedikit.... ) Jangan lupa untuk selesaikan tugasan cuti sekolah kamu ya ( Latihan Intensif 23 ). Selain daripada itu saya juga ingin kamu membaca 2 buah cerpen ( bukan yang dipetik daripada Majalah Remaja ). Kamu dikehendaki membaca cerpen tersebut dan catatkan perkara-perkara di bawah ini
  • tema / persoalan cerpen
  • pengalaman yang dilalui oleh watak / penulis
  • pengajaran yang ingin disampaikan
  • sikap terpuji watak ( berikan 2 sikap )

Kamu haruslah membuat catatan tersebut di blog ini. Mulakan dengan menuliskan

  1. nama kamu dahulu, diikuti dengan
  2. tajuk cerpen dan
  3. nama penulisnya.

Tarikh akhir menghantarkan catatan ke blog saya ialah 13 September 2006.

Selamat bertugas dan jangan lupa untuk berseronok pada cuti akan datang ini !!!!

Cikgu....

Wednesday, August 16, 2006

Renungan Pembentangan Jendela Bahasa

Wahai para pelajarku sekalian. Pada hari ini, saya ingin kamu merenung kembali sesi yang telah dilalui pada minggu lepas. Sesi di mana kamu telah dibimbing oleh rakan-rakan kamu menjelajahi topik-topik di dalam buku teks dan buku kerja. Dalam mencatatkan apakah yang telah dipelajari pastikan kamu memasukkan hal-hal berikut :
  • Apakah manfaat yang telah diraih melalui sesi tersebut ? ( Dari sudut pandangan sebagai pembentang )
  • Nyatakan 1 kekuatan dan 1 kelemahan yang ada pada diri kamu /sekumpulan semasa membentangkan bahagian kamu.
  • Apakah manfaat yang telah diraih melalui sesi tersebut ? ( Dari sudut pandangan sebagai penonton)
  • Adakah perkara-perkara yang timbul semasa sesi berlangsung yang ingin kamu tahu dengan lebih lanjut lagi ?
  • Nyatakan 2 perkara yang telah dipelajari yang terpahat dalam diri kamu sehingga kini.
  • Berikan komen secara umum kepada rakan-rakan yang telah membentangkan bahagian mereka supaya boleh dijadikan pengajaran.

Sekian. Cikgu Filza.